#AMANZ24 - iPhone 12 Mula Ditawarkan Pada 13 November Ini, DJI Mini 2 Rasmi Berharga RM1899

1 Просмотры
Издатель
Apple mengumumkan pelancaran iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro Max untuk pasaran tempatan. Untuk model Mini, ia hadir dengan skrin bersaiz 5.4-inci, cip Apple A14 serta menampilkan dwi-kamera belakang. Sementara untuk versi Pro pula dilengkapi skrin 6.7-inci, cip Apple A14 dan juga tri-kamera utama. Di Malaysia, iPhone 12 Mini ditawarkan pada harga bermula RM3399 dan iPhone 12 Pro Max pula dijual pada harga RM5299 bermula 13 November 2020.

Huawei pula memperkenalkan Huawei Nova 8 SE dengan dua variasi pemproses iaitu MediaTek Dimensity 800U dan Dimensity 720. Kedua-duanya membawakan saiz skrin 6.53-inci dan kamera utama 64+8+2+2-megapixel. Setakat ini, ia ditawarkan untuk pasaran China.

Selain itu, Xiaomi memperlihatkan teknologi kamera telefoto seakan DSLR pada telefon pintar. Melaluinya, kemampuan fotografi boleh dipertingkatkan selain menghasilkan gambar yang lebih baik.

Xiaomi juga menawarkan produk pintar terbaru iaitu Mi Vacuum Cleaner Mini. Ia adalah vakum mudah alih yang mempunyai kuasa sedutan yang kuat selain membawakan penapis HEPA. Vakum mini ini boleh didapati pada harga RM199 di Lazada.

Microsoft kini mengumumkan penawaran komputer riba terbaru, iaitu Surface Laptop Go. Ia hadir dengan skrin 12.4-inci, menyertakan sistem pengimbas cap jari dan dijana cip Intel Core i5. Bagi yang berminat, ia sudah boleh mula dipra-tempah dan akan ditawarkan mulai 24 November 2020 dengan tanda harga bermula RM2758.

Bukan itu sahaja, Microsoft akan menamatkan halaman Control Panel pada Windows 10. Melalui perubahan baru, Microsoft pada Windows 10 telah mula mengalihkan sejumlah tetapan daripada Control Panel ke halaman Settings.

Arm pula mengumumkan penawaran cip ARM Cortex A78C terkini untuk penggunaan komputer riba. Melaluinya, komputer riba boleh menikmati capaian Internet 5G setanding telefon pintar.

DJI Mini 2 kini rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan kemampuan boleh terbang selama 31 minit, rakaman gambar pada resolusi 12-megapixel dan video 4K. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga bermula RM1899.

Seterusnya, RedOne mengumumkan penawaran pelan tanpa had yang dinamakan RedOne Hybrid50U. Ia menawarkan data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB LTE, data tanpa had pada kelajuan 3Mbps, dan juga panggilan tanpa had. Bagi yang bemrinat, pelan ini berharga RM50 sebulan dan eksklusif untuk pengguna baharu.

Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat secara atas-talian. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ia dilihat boleh dilaksanakan jika meminda “Standing Order”.

Seterusnya, Mimica Touch adalah sebuah label untuk mengetahui tarikh luput pada makanan dengan melalui sentuhan jari. Dengan ini, pengguna dapat merasai bonggol pada label apabila makanan sudah menghampiri tarikh luput.

Akhir sekali, Prasarana memperkenalkan aplikasi MyRapidTap yang memudahkan pembayaran melalui imbasan kod QR pada Bas Perantara MRT. Buat masa ini, ia diperkenalkan untuk bas terlebih dahulu dan dijangka akan diintegrasikan pada pengangkutan awam lain dibawah Prasarana.
Категория
Обзор телефона Microsoft
Комментариев нет.